Lokasi Malaysia di Peta Dunia
( Peta Dunia) |
Lokasi Malaysia di Asia Tenggara
- Malaysia terletak di tengah-tengah Asia Tenggara.
- Malaysia dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Selat Melaka, dan Selat Tebrau.
- Negara-negara di Asia Tenggara telah membentuk Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun 1967 untuk menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang.
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean)
ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.
Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semuadi Asia Tenggara. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:
Benua
Benua merupakan tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi. Setiap benua mempunyai lebih daripada satu negara.
Umumnya, terdapat 7 benua:
Namun begitu, sesetengah orang mengatakan terdapat cuma 5 benua. Mereka menggabungkan Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai satu benua, manakala Antartika pula tidak dikira sebagai benua kerana tidak didiami manusia secara kekal.
Benua Asia
Asia merupakan salah satu benua yang terbesar di dunia dan terdapat lebih dari 5o buah negara yang terletak di benua asia.Benua Asia dibahagikan kepada beberapa sub-kawasan iaitu :
1. Asia Utara
2. Asia Tengah
3. Asia Timur
4. Asia Tenggara
5. Asia Selatan
6. Asia Barat
7. Semenanjung Arab
Lokasi Malaysia di Benua Asia
( Peta Benua Asia) |
- Malaysia terletak di Benua Asia, iaitu benua yang terbesar di dunia.
- Malaysia mempunyai lokasi strategik di Benua Asia kerana terletak di tengah-tengah jalan perdagangan antara Asia Timur dengan Asia Barat.
- Terdapat tujuh benua di dunia:
Benua | Keluasan (juta km persegi) |
Asia | 43.6 |
Afrika | 30.33 |
Amerika Utara | 25.34 |
Amerika Selatan | 17.83 |
Antartika | 14.00 |
Eropah | 10.49 |
Oceania(Australia dan New Zealand) | 8.92 |